Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Seorang ahli perniagaan dan pemimpin sebuah parti politik yang menyerang pengawal keselamatan di sebuah kondominium kini berdepan dengan pertuduhan membunuh selepas mangsa terlibat meninggal dunia pada 27 Ogos lalu.

Tertuduh, Ahmad Noor Azhar Muhammad, 33, sekali lagi dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ipoh, Perak hari ini dan berdepan dengan pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Ini selepas polis mengklasifikasikan semula kes terbabit daripada Seksyen 335 kanun sama.

Seksyen 302 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan.

Tertuduh hanya menunduk selepas selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Noor Azreen Liana Mohd Darus dan tiada pengakuan direkodkan.

Majistret kemudian menetapkan 18 Oktober depan untuk sebutan semula kes.

Mengikut kertas pertuduhan yang dipinda, Ahmad Noor didakwa telah membunuh S Thava Sagayam di Tingkat 7, Menara Majestic, Jalan CM Yusuff, antara jam 8 pagi hingga 9.30 pagi pada 29 Disember 2020.

Untuk pertuduhan awal mengikut Seksyen 335 Kanun Keseksaan, mahkamah melepaskan tanpa membebaskan tertuduh.

Pendakwaan telah dikendalikan oleh Timbalan Pada prosiding hari ini, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Azalina Rashdi, manakala tertuduh diwakili pegum, Ariff Azami Hussein.

ARTIKEL BERKAITAN:

Kit Siang puji Ismail Sabri

Isteri mendiang, E. Philomena turut hadir bersama-sama empat peguam pemerhati M. Kulasegaran, A. Sivanesan, N. Selvam dan Omar Kutty.

Sebelum itu, media melaporkan Thava, 64, meninggal dunia selepas lama terlantar sakit berikutan diserang seorang oleh penyewa sebuah kondominium pada 29 Dis tahun lalu selepas anaknya dilarang menggunakan kolam renang yang ditutup kerana pandemik Covid-19.

Video insiden itu juga tular dan menyebabkan masyarakat mengkritik kejadian tersebut malah Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri juga tampil mengeluarkan kenyataan kejadian ini dan mangsa akan menerima pengadilan dengan sebaiknya.

Polis turut mengesahkan video berdurasi dua minit 16 saat berkaitan kejadian terbabit yang tular dan berlaku pada 29 Disember 2020.

Susulan daripada itu, tertuduh pada mulanya didakwa di mahkamah pada 6 Januari lalu mengikut Seksyen 335 Kanun Keseksaan, iaitu mendatangkan kecederaan parah.

Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia di rumahnya dengan hasil bedah siasat di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh mendapati kematian adalah akibat jangkitan kuman pada paru-paru. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast