KUALA LUMPUR – Tidak ada keperluan untuk membawa usul keabsahan jawatan Perdana Menteri ke Dewan Rakyat, kata Timbalan Pengarah Institut Kajian Etnik (KITA), Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof Dr Kartini Aboo Talib @Khalid.

Katanya, ini kerana tiada peruntukan Perlembagaan berkenaan perkara tersebut.

Tambah beliau, pelantikan perdana menteri telahpun jelas mengikut Perlembagaan dan seandainya usul itu diteruskan ia seolah-olah mencabar Yang di-Pertuan Agong.

Malah katanya, jika perkara itu diperkenalkan juga maka ia akan menumbulkan persoalan bagaimana perdana menteri yang terdahulu diabsahkan jawatannya sama ada diterima atau tidak.

“Jadi, kerumitan ini saya kira tidak sesuai untuk melaksnakan keabsahan, sebaliknya apa yang perlu adalah mengukuhkan usaha kepada usulan dan nasihat Yang di-Pertuan Agong melalui pertemuan Perdana Menteri dengan pemimpin pembangkang untuk bekerjasama bagi wibawa Parlimen dan jalan terbaik untuk menyelesaikan krisis kesihatan dan ekonomi secara bersama.

“Saya yakin pemimpin pembangkang adalah mereka yang prihatin dan inilah masanya untuk tidak berebut tentang kuasa tetapi berebut untuk bantu rakyat bagi menyediakan pilihan untuk PRU15 nanti,” katanya ketika menjadi panelis dalam program SkopMG yang disiarkan secara langsung di Facebook, malam ini.

Sementara itu Ahli Parlimen Teluk Intan, Nga Kor Ming memberi pandangan berbeza apabila memberitahu, selain daripada peruntukan Perlembagaan perkara itu harus dilihat daripada sudut konvensi Parlimen dan konvensi Perlembagaan yang perlu dihormati.

Ini kerana, katanya, sistem yang diwarisi kini menjadikan Perlembagaan Persekutuan secara jelas memperuntukkan Parlimen terdiri daripada tiga bahagian iaitu Yang di-Pertuan Agong, Dewan Rakyat dan Dewan Negara.

“Oleh kerana itu ketiga-tiga komponen ini adalah sangat penting. Jika kita nak bentangkan usul undi percaya maka ini adalah sama dengan cabaran kuasa dan budi bicara Tuanku Agong, itu saya ada pandangan berbeza,” ujarnya. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Jilat jangan tak jilat…mcm mana lah blh jd Prof. ko ni..memalukan UKM ja..dlm perlembagaan kata kalau nak jadi PM kena dapat sokongan majoriti dlm parlimen. Jd PM kena lah buktikan di parlimen..nak pecat PM pun melalui parlimen..Agong lantik PM pun setelah Agong yakin individu tu dapat sokongan mencukupi anggota parlimen…tu namanya sistem demokrasi berparlimen! .hadooii..ko ni dah lah tak belajar law..semua benda ko nak komen…ko tak tau pasal law diam laaa

Comments are closed.