Tommy Thomas
Tommy Thomas

KUALA LUMPUR – Bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas dikritik oleh Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) semalam.

Lembaga itu mendakwa Tommy tidak telus, tidak profesional dan lebih menjurus kepada kepentingan politik semasa perkhidmatannya, kata bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

“Itulah sebab hampir 100 peratus kes lucut hak dibuat masa Tommy yang dilawan oleh responden telah kalah dalam mahkamah.

“Biasanya, Peguam Negara hanya mendakwa sekiranya mempunyai 90 peratus peluang untuk menang – bukan peluang hampir 100% untuk kalah,” katanya dalam media sosialnya hari ini.

Menurut Najib, atas faktor itu, Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi pendedahan Tommy dalam buku dia sendiri yang mengambarkan penyalahgunaan kuasa serta campur tangan politik dalam perundangan perlu diadakan.

Dalam pada itu, Najib dalam notanya menegaskan, badan-badan pemantau bebas SPRM yang diwujudkan pada pemerintahannya tidak wujud pada masa Tommy menjadi Peguam Negara setelah dibubarkan pada zaman PH walaupun ianya dibenarkan bawah Seksyen 13 Akta SPRM 2009 (Akta 694).

“Sebab itu, kes-kes yang digugurkan masa PH tidak pernah dibawa untuk dipantau oleh lembaga-lembaga tersebut,” ujarnya.- MalaysiaGazette