Data kes positif harian Covid-19 pada 10 September 2021. Sumber KKM.

KUALA LUMPUR – Angka terbaharu kes harian positif Covid-19 kembali meningkat semula melepasi paras 20,000 berbanding 19, 307 kes semalam.

Hari ini sebanyak 21, 176 kes direkodkan.

Perkembangan terkini setakat 24 jam yang lalu itu menjadikan kumulatif kes di dalam negara setakat ini adalah mencecah 1,940, 950.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, Sarawak masih mendominasi carta harian kes dengan jumlah kes positif tertinggi hari ini iaitu sebanyak 3,734  dengan kes kumulatif berjumlah 147,764 kes.

Justeru Selangor terus menduduki tempat kedua dengan 3,595 kes positif hari ini dengan kes kumulatif berjumlah 636,870.

Malah dua lagi negeri telah merekodkan kes positif harian pada paras lebih 2,000 kes hari ini iaitu Sabah 2,246 kes (kumulatif 169,983) dan Johor 2,297 kes (kumulatif 159,829 kes).

Manakala empat lagi negeri yang selama ini lebih 2,000 kes harian kini merekodkan penyusutan kes di bawah paras 2,000 hari ini iaitu Pulau Pinang (1,939), Kedah (1,808), Perak (1,366) dan Kelantan (1,254).

Dalam pada itu, Melaka, Negeri Sembilan dan dua lagi negeri Pantai Timur iaitu Pahang dan Terengganu juga merekodkan kes bawah paras 1,000 iaitu Pahang (853 ), Terengganu (776), Melaka (485) serta Negeri Sembilan (252).

Perlis dan Putrajaya pula merekodkan kes harian dua digit iaitu 77 dan 21 kes manakaka Wilayan Persekutuan Labuan satu-satunya lokaliti yang merekodkan kes satu angka iaitu enam kes sahaja hari ini.

Namun Labuan dari segi kes kumulatif sedang menghampiri 10,000 kes positif iaitu 9,871 kes tetapi Perlis satu-satunya negeri yang masih melaporkan kes kumulatif positif terendah dalam negara setakat ini iaitu 2,651.-MalaysiaGazette