Gambar hiasan. foto Reuters

JAKARTA – Polis Indonesia menahan tiga orang yang disyaki pengganas dalam operasi berasingan di ibu kota di sini dan Bekasi di wilayah Jawa Barat.

Jurucakap Polis Nasional, Ahmad Ramadhan berkata, suspek ini didakwa bersekutu dengan kumpulan pengganas Jemaah Islamiyah (JI) yang mempunyai kaitan dengan Al-Qaeda.

Ramadhan menambah, siasatan lanjut sedang dijalankan.

Kumpulan JI berada di belakang pengeboman Bali 2002 yang mengorbankan lebih daripada 200 orang di pulau percutian itu.

Kumpulan ini diisytiharkan sebagai organisasi haram pada tahun 2018. – Xinhua

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast