Penggunaan ventilator kritikal semasa negara di landa pandemik Covid-19. Gambar arkib MalaysiaGazette

KUALA LUMPUR – Sebanyak 19,550 kes positif baharu Covid-19 direkodkan di seluruh negara dalam tempoh 24 jam lalu.

Pertambahan itu menjadikan jumlah kumulatif jangkitan wabak tersebut di negara ini sebanyak 1,960,500 kes sekali gus menghampiri angka dua juta kes.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, Sarawak masih lagi mendominasi carta harian kes Covid-19 dengan jumlah kes positif tertinggi hari ini sebanyak 3,743 menjadikan kes kumulatif berjumlah 151,507 kes.

Manakala Selangor mencatatkan sebanyak 2,416 kes diikuti Sabah yang merekodkan 2,163 kes.

Negeri-negeri lain yang merekodkan kes positif harian di bawah paras 2,000 kes termasuk lah Pulau Pinang (1,865), Kedah (1,390), Perak (1,354) dan Kelantan (1,320).

Sementara itu, Terengganu mencatatkan sebanyak 953 kes, Pahang (722), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (555), Melaka (490), Negeri Sembilan (198), Perlis (73), Wilayah Persekutuan Putrajaya (24) dan Wilayah Persekutuan Labuan sebanyak dua kes. – MalaysiaGazette