Zahra Zura Aziza Zahanor.

KUALA LUMPUR – Jenama kecantikan popular Malaysia, SimplySiti milik Datuk Seri Siti Nurhaliza memperkenalkan wajah baharu produk itu, Zahra Zura Aziza Zahanor yang berusia 20 tahun.

Zahra terpilih sebagai ‘Brand Ambassador’ SimplySiti selepas berjaya menjadi top finalis melalui Pencarian Wajah SimplySiti yang diadakan pada bulan Jun yang lalu di kalangan lebih 700 penyertaan.

Zahra yang merupakan pelajar tahun akhir Diploma Pengurusan dan Pentadbiran Insurans Universiti Teknologi MARA (UiTM) adalah anak pertama dari dua orang adik-beradik.

Berasal dari Kuala Lumpur dan bercita-cita untuk menjadi pembaca merita selain meneruskan kerjaya dalam bidang Insurans.

Siti Nurhaliza memperkenalkan wajah baharu produk itu, Zahra Zura.

“Saya amat berbesar hati dengan pemilihan ini dan tidak menyangka menjadi ‘top 4’ dan seterusnya pemenang bagi pertandingan ini.

“Saya juga tidak pernah bermimpi untuk berkerjasama dengan Penyanyi Nombor 1 Malaysia – Dato’ Sri Siti Nurhaliza dan saya tidak akan mensia-siakan peluang keemasan ini,” kata Zahra.

Dia bakal berdamping bersama-sama saya dalam mempromosikan koleksi kosmetik, rangkaian penjagaan kulit dan semua produk keluaran SIMPLYSITI yang akan datang, kata Siti Nurhaliza miliknya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast