Allahyarham Zaman Khan

 

KUALA LUMPUR – Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Tan Sri Zaman Khan Rahim Khan meninggal dunia pada jam 10.15 pagi tadi.

Beliau menghembuskan nafas di Institut Jantung Negara.

Difahamkan jenazah akan dibawa ke Masjid Bukit Aman di ibu negara untuk disembahyangkan sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara selepas solat Asar. – MalaysiaGazette