loan moratorium Datuk Seri Najib Tun Razak. PIX: HAZROL ZAINAL / MalaysiaGazette / 10 JULY 2017.
Najib RazakPIX: HAZROL ZAINAL / MalaysiaGazette / 10 JULY 2017.

 

KUALA LUMPUR – ”Kini boleh pulak bawah kerajaan baru,” demikian reaksi Datuk Seri Najib Razak apabila Kementerian Kewangan mengarahkan institusi perbankan untuk mengusahakan pengecualian bayaran faedah bagi penerima moratorium pinjaman bank dengan segera.

Pengecualian ini melibatkan penerima moratorium dari kumpulan 50% terbawah daripada keseluruhan rakyat Malaysia untuk sepanjang tempoh tiga bulan pada suku keempat 2021.

Bekas perdana menteri itu berkata, dulu kita suruh beri moratorium pinjaman tanpa faedah, kerajaan lama kata tak ada kuasa untuk arahkan bank.

Dulu kita suruh naikkan had hutang kerajaan dalam Parlimen bagi memberi lebih ruang untuk bantu rakyat, kerajaan lama kata tiada keperluan sebab bantuan rakyat sudah mencukupi.

Beliau berkata, cadangan-cadangan yang pernah dikemukakan oleh beliau ini memberi manfaat kepada rakyat. – MalaysiaGazette

Kerajaan lulus cadangan naikkan had siling KWC, statutori hutang – Tengku Zafrul

1 Komen

Comments are closed.