Owen Teo.

KUALA LUMPUR – Pemain muda negara, Owen Teo yang bakal menyertai kelab Croatia, NK Precko Zagreb memberitahu mendapat tawaran bagi beraksi bersama skuad kebangsaan China baru-baru ini.

Owen memberitahu perkara ini menerusi laman media sosial Instagram Story miliknya.

Sebelum itu, dia bertanya kepada peminat sama ada untuk menerima tawaran tersebut atau menunggu panggilan daripada skuad Harimau Malaya.

“Kenapa saya bertanya mengenai perkara ini adalah kerana baru-baru ini pengurus saya dihubungi oleh Persatuan Bola Sepak China (CFA) untuk mewakili mereka di peringkat antarabangsa selepas menjalani beberapa sesi ujian bersama skuad mereka.

“Memandangkan perkembangan yang sedikit mengecewakan bersama Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), ini adalah peluang, kami mungkin kami terima. Tiada ada yang sah tetapi kami telah berhubung beberapa kali dan semakin menghampiri persetujuan,” katanya.

Menurut perkongsian Harimau Abroad, Owen Teo sebelum ini pernah beraksi bersama salah satu akademi terkenal iaitu Frenz United dan Brooke House College sebelum menyertai Pulau Pinang.

Mengenai perpindahannya ke Croatia, Owen memberitahu perkara itu semakin hampir untuk dimuktamadkan dan beliau berharap semua boleh diselesaikan menjelang hujung bulan ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast