Foto hiasan

KUALA LUMPUR – Kes positif baharu Covid-19 di seluruh negara menyusut lagi dengan hari ini sebanyak 14,954 kes dilaporkan berbanding 15,549 semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, bilangan itu menjadikan jumlah kumulatif terkini adalah sebanyak 2,097,830 kes.

Sarawak menjadi negeri tertinggi iaitu 2,707 diikuti Selangor (2,028), Johor (1,948), Kelantan (1,420), Sabah (1,356), Pulau Pinang (1,259) dan Perak (1,222).

Manakala, lapan lagi negeri mencatatkan bilangan kes dibawah 1,000 iaitu Kedah (809), Pahang (705), Terengganu (671), Kuala Lumpur (383), Melaka (207), Perlis (76), dan Putrajaya (19).

Bagaimanapun, Labuan merupakan satu-satunya negeri yang mencatatkan sifar kes pada hari ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

Comments are closed.