Mohsen Fakhrizadeh. foto: Facebook

NEW YORK – Seorang saintis nuklear Iran dibunuh agensi perisikan Israel dengan menggunakan mesingan berteknologi tinggi kawalan jarak jauh, menurut laporan The New York Times.

Pada 27 November 2020, Mohsen Fakhrizadeh ditembak ketika beliau memandu Nissan Teana antara rumah percutian di Laut Capsian dan rumah yang terletak di kawasan terpencil di bandar Absard yang mana beliau merancang untuk menghabiskan hujung minggu bersama isterinya, menurut laporan itu.

Warga Iran yang bekerja sebagai agen Israel meletakkan pikap Nissan Zamyad dilengkapi mesingan 7.62-mm tersembunyi yang dilihat seperti peralatan pembinaan di bahu jalan.

Seorang pembunuh yang bekerja dengan Mossad, agensi perisikan Israel, melepaskan tembakan ke arah Fakhrizadeh.

Pembunuh tersebut berada lebih daripada 1,000 batu (1,600 kilometer) dengan menggunakan robot terkini bagi mengoperasikan senjata, dileraikan sebelum itu, yang diseludup ke dalam negara.

Bagaimanapun, serbuk bahan letupan yang terdapat pada senjata dan robot membolehkan Iran menegtahui apa yang berlaku.

Sejak sekian lama Israel bimbang terhadap pembangunan senjata nuklear Iran.

Pemimpin yang Iran menyalahkan Israel berhubung pembunuhan itu berkata, ia dilakukan dengan menggunakan senjata berteknologi tinggi.

“Malangnya, operasi itu sangat rumit dan dilakukan dengan menggunakan peralatan elektronik dan tiada (dalang) di tempat kejadian,” kata Setiausaha Keselamatan Agung Iran, Ali Shamkhani pada pengkebumian Fakhrizdeh.

Akhbar Jerusalem Post mengesahkan lapotan The New York Times seperti dipetik UPI menyatakan ia menghilangkan kekeliruan yang menyelubungi kematian Fakhrizadeh.

The Jerusalem Post melaporkan persoalan kekal berlegar bagaimana pembunuhan tersebut akan memperlahankan program nuklear Iran.

Israel mengintip Fakhrizadeh sejak 2007 dan khuatir dia akan mempercepatkan program nuklear Iran, menurut The New York Times.

Pada 2012, Israel menangguhkan rancangan pembunuhan itu ketika Amerika Syarikat (AS) memulakan rundingan program nuklear dengan Iran.

Selepas Presiden Donald Trump membatalkan program tersebut dengan Iran, Israel meneruskan rancangan pembunuhan itu pada 2019 dan 2020 dengan pegawai atasan AS, lapor The New York Times.

Rangkaian televisyen Iran berbahasa Inggeris melaporkan AS mungkin menjadi sasaran dalam prosiding perundangan kerana menyokong pembunuhan saintis nuklear yang diketuai Israel.

Para pegawai Iran meminta AS untuk melakukan rundingan baharu untuk program nuklearnya. – Agensi