Sebanyak 63.9 peratus remaja di Pahang sudah menerima dos pertama Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).- Gambar hiasan.

KUANTAN – Seramai 7, 015 remaja berusia 16 dan 17 tahun mula divaksin hari ini di 22 Pusat Pemberian Vaksin (PPV) awam dan 44 sekolah di negeri itu.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Pahang, Datuk Dr Nor Azimi Yunus berkata, proses pemberian vaksin dijalankan serentak dan dijangka dapat diselesaikan sehingga akhir September ini.

“Kita sudah aturkan semua sekolah yang terlibat supaya mencapai sasaran sebelum akhir September ini. Golongan remaja perlu disuntik bagi mengelakkan jangkitan dan mengurangkan kadar penularan wabak di negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di PPV Wisma Belia di sini hari ini.

Tinjauan MalaysiaGazette mendapati seramai 1, 003 pelajar daripada tiga buah sekolah Sekolah Menengah Tanah Putih, Sekolah Indera Mahkota Dua dan Sekolah Menengah Bukit Sagu.

Menurut Dr. Nor Azmi, para pelajar juga dibenarkan walk-in dalam keadaan memerlukan seperti contohnya jika bersekolah di daerah lain tetapi menetap di tempat lain.

“Pelajar yang ada penyakit yang mulakan rawatan di lima buah hospital terpilih di Pahang dan masih mengutip data pelajar daripada sekolah persendirian,” ujarnya.

Antara pusat yang dibenarkan walk-in  bagi remaja berusia 12 hingga 17 tahun Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Jubli Perak, Kuantan.

Pihaknya juga enggesa supaya ibu bapa memberikan kerjasama yang baik dan memberi keizinan anak mereka supaya menerima vaksin bagi mengelak jangkitan Covid-19.

Sehingga kini, sebanyak 83.2 peratus  bersamaan 978,685 daripada penduduk  telah divaksin manakala 60.4 peratus pula sudah lengkap dua vaksin.

Bagaimanapun sejumlah 184,403 orang di Pahang yang belum mendaftar mendapatkan vaksin menerusi apliksi Mysejahtera. -MalaysiaGazette