heart disease World Heart Day
Dr Noor Hisham Abdullah

KUALA LUMPUR – Sebanyak 23 lagi kluster Covid-19 dikesan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam tempoh 24 jam.

Daripada jumlah itu sembilan daripadanya adalah berkaitan tempat kerja, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Menurutnya, sembilan lagi adalah kluster komuniti, tiga membabitkan kumpulan berisiko tinggi serta dua berkaitan sektor pendidikan.

Ujar beliau, kluster-kluster itu dikesan di Johor, Selangor, Kuala Lumpur, Perak, Kelantan, Pahang, Sabah dan Sarawak. – MalaysiaGazette