KUANTAN – Polis Pahang menerima sumbangan dermakhairat sebanyak RM65,000 daripada kerajaan negeri Pahang untuk diagihkan kepada 13 waris anggotanya yang terkorban ketika menjalankan tugas sebagai petugas barisan hadapan.

Ketua Polis Pahang, Datuk Ramli Mohamed Yoosuf berkata,  sumbangan tersebut diberikan bagi menghargai jasa dan khidmat bakti anggota dengan menjaga kebajikan waris mereka yang telah terkorban.

Tambah Ramli, keprihatihan kerajaan negeri dihargai kerana menyumbangkan bantuan persekolahan berupa biasiswa berjumlah  RM6,500 kepada anak-anak anggota yang telah meninggal dunia.

“Terima kasih kepada kerajaan negeri kerana menghulurkan bantuan kepada 13 keluarga waris anggota sekali gus menjaga kebajikan mereka.

“Anak-anak anggota yang telah meninggal dunia menerima Biasiswa Sekolah Rendah, Biasiswa Sekolah Menengah, dan Biasiwa IPT kepada anak-anak waris’

“Kerajaan Negeri melalui Yayasan Pahang menyampaikan Biasiswa kecemerlangan Menteri Besar Pahang 2021 itu bagi diagihkan kepada anak-anak anggota,” katanya ketika dihubungi MalaysiaGazette.

Sementara itu, PDRM Pahang kehilangan permata apabila seorang lagi anggotanya meninggal dunia akibat jangkitan Covid-19 pada semalam.

SM Mohd Azhar Abu Kasim

Sarjan Mejar Mohd Azhar Abu Kasim, 55 tahun, bertugas di Bahagaian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD)  Kuantan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Panching Selatan, Kuantan.

Mohd Azhar meninggal dunia di rumahnya di Kempadang pada pukul 11.15 malam semalam selepas lebih dua bulan bertarung dengan Covid-19 di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan bermula 10 Julai lalu.

“Mewakili PDRM, salah takziah diucapkan kepada keluarga waris anggota, dan diharapkan keluarga tabah menerima dugaan ini dan redha pemergiaan ketika berjuang mendepani Covid- 19,

“Semoga semua anggota PDRM, terus cekal dan sabar menjalani tugasan yang mencabar dalam musim pandemik ini, dan sentiasa bersiap siaga, menjaga SOP dan keselamatan diri,” katanya. – MalaysiaGazette