Ezad (kanan) bersama Allahyarham adik bongsunya, Mohd. Rizal.

KUALA LUMPUR – Penyanyi, Ezad Lazim, 42, kehilangan adik bongsunya, Mohd Rizal Mohamad Lazim, 35, yang meninggal dunia akibat jangkitan kuman dalam paru- paru semalam.

Mohd Rizal yang dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah, sejak minggu lalu ditidurkan oleh doktor kerana jantung bergerak laju serta dikesan ada jangkitan kuman dalam darah pada 18 September lalu.

Menerusi laporan media sebelum ini, Ezad memaklumkan adiknya itu dimasukkan ke hospital berkenaan selepas kurang sihat hampir sebulan akibat demam yang tidak menentu, namun ia bukan disebabkan jangkitan Covid-19.

Mohd Rizal juga tinggal bersendirian selepas ibu bapa mereka meninggal dunia.

Ezad berkata, pengorbanan Allahyarham pada keluarga sangat besar kerana menjaga ibu bapa di kampung sehingga bapa mereka menghembuskan nafas terakhir pada 2019 dan ibu pula pada Ogos tahun lalu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast