Ilkay Gundogan. Foto The Guardian.
LONDON – Pemain tengah, Ilkay Gundogan yang kini menyertai senarai nama besar baharu pemain Manchester City mengalami kecederaan, lapor The Independent.
Sebelum ini beberapa pemain penting dalam skuad The Citizens – John Stones, Aymeric Laporte, Rodri dan Oleksandr Zinchenko mengalami kecederaan.
Itu bermakna City hanya memiliki 15 pemain skuad senior dalam permainan dan Gundogan mengurangkan senarai itu hanya kepada 14 pemain.
Pengurus City, Pep Guardiola telah memberi peluang beberapa pemain muda menentang Wycombe dalam saingan Piala Liga, pagi tadi dengan kemenangan besar 6-1.
Namun Pes pasti pening selepas itu kerana skuad kendalian bakal berdepan tiga perlawanan getir bertemu Chelsea, Paris Saints Germain dan Liverpool.
Sabtu lalu, juara bertahan Liga Perdana Inggeris itu mengharungi aksi mengecewakan di laman sendiri apabila sekadar seri tanpa jaringan menentang Southampton.

Malah City juga dikejutkan dengan permainan agresif pasukan pelawat di awal perlawanan, yang mana Adam Armstrong dan Mohamed Elyounoussi beberapa kali menguji Ederson.

Keputusan itu meletakkan City tiga mata di belakang pendahulu, Liverpool dan Manchester United serta Chelsea. – MalaysiaGazette