Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad dan dan Speaker Dewan Undangan Negeri Johor, Datuk Suhaizan Kayat hadir turut menziarahi jenazah bapa Amiruddin.

PONTIAN – Bapa kepada Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari yang meninggal dunia semalam  selamat dikebumikan di Kampung Parit Asam Kumbang, Benut di sini hari ini.

Amirudin menerusi ciapan di Twitternya memaklumkan, Allahyarham Shari Mokhsin, 67, dikebumikan pukul 11 pagi tadi.

“Terima kasih kepada semua yang tidak putus-putus ucapan takziah. Semoga roh ayah dicucuri rahmat-Nya,” katanya.

Allahyarham Shari menghembuskan nafas terakhir  akibat komplikasi pernafasan.

Amirudin dalam ciapannya juga memberitahu beliau sempat berkomunikasi dengan bapanya menerusi WhatsApp pukul  1.27 petang sebelum bapanya meninggal dunia pukul 5.30 petang semalam.

Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad dan dan Speaker Dewan Undangan Negeri Johor, Datuk Suhaizan Kayat hadir turut menziarahi jenazah bapa Amiruddin.- MalaysiaGazette