Covid-19 cases
Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah

KUAL LUMPUR – Kes harian jangkitan Covid-19 mencatatkan penurunan dengan merekodkan 13,754 kes pada hari ini berbanding 14,990 kes semalam.

Berikutan itu, jumlah kumulatif meningkat kepada 2,156,678 kes.

Pahang dan Perlis mencatat kenaikan kes dengan masing-masing melaporkan 869 kes dan 113 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor mencatatkan 1,985 kes diikuti Sabah (1,629).

“Sarawak dengan 1,766 kes, Johor 1,913, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mencatat 383 dan Kedah sebanyak 783.

“Pulau Pinang pula mencatat 1,052 kes, Kelantan dengan (1,264), Negeri Sembilan (175), Perak pula (844), Pahang (869) dan Melaka (292),” katanya.

Terengganu merekodkan 664 kes, Wilayah Persekutuan  Labuan (8)  dan Wilayah Persekutuan Putrajaya (14). – MalaysiaGazette