Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

PUTRAJAYA – Dos ketiga vaksin Covid-19 adalah berbeza dengan dos penggalak, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.

Dos ketiga bertujuan untuk meningkatkan tahap imuniti dalam kalangan individu berisiko tinggi terhadap jangkitan Covid-19.

Oleh itu, pemberian dos ketiga akan tertumpu kepada individu berisiko tinggi terhadap jangkitan Covid-19, yang mana dos kedua didapati tidak mencukupi untuk meningkatkan tindak balas imuniti terhadap jangkitan wabak berkenaan.

Menurut beliau, dos penggalak diberikan kepada semua individu untuk meningkatkan tahap imuniti yang mungkin menurun dalam tempoh tertentu selepas dos kedua.

“Saya nak maklumkan dos ketiga berbeza dengan dos penggalak. Untuk itu, panel pakar perubatan dan kesihatan sedang membangunkan garis panduan pelaksanaan pemberian dos ketiga ini dan akan dibentangkan di dalam mesyuarat Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) yang akan datang,” katanya ketika sidang media khas, hari ini.

Baru-baru ini Khairy berkata, Sarawak mungkin akan menjadi negeri pertama yang akan melaksanakan suntikan dos penggalak vaksin Covid-19.

Ia berikutan berlaku peningkatan kes positif di Sarawak sejak kebelakangan ini.

Beliau berkata, pemberian dos ketiga dijangka bermula pada Oktober ini. – Malaysiagazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast