Keluarga Malaysia menjadi tunjang kepada pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan menambah kediaman Rumah Keluarga Malaysia atau Rumah IKRAM Keluarga Malaysia kepada 2,000 unit yang bakal memberi manfaat kepada sekurang-kurangnya 10,000 isi rumah yang memerlukan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, bagi mengurangkan tekanan dan bebanan kepada penerima rumah itu, mereka akan mendapat manfaat apabila diberikan pengecualian bayaran sehingga enam bulan bermula daripada tarikh menerima kunci.

Jelas beliau, pengecualian bayaran sewa itu akan ditanggung oleh kerajaan dengan melibatkan peruntukan kira-kira RM3 juta.

“Ini bagi membolehkan saudara dan saudari penerima manfaat, khususnya Ketua Isi Rumah dapat menumpukan usaha untuk merancakkan ekonomi keluarga.

“Saya memahami bahawa 1,000 unit rumah di 11 kawasan Projek Perumahan Rakyat (PPR) yang berada di bawah kawal selia dan pengurusan Kementeri Perumahan dan Kerajaan Temparan (KPKT), tidak mencukupi untuk menjadi tempat berlindung bagi Keluarga Malaysia yang terkesan akibat hilang mata pencarian.

“Ini kerana 139 projek PPR lain telah diserahkan kepada Pihak Berkuasa Negeri,” katanya.

berucap pada Majlis Pelancaran Inisiatif Kediaman Rumah Keluarga Malaysia Atau Rumah Ikram Keluarga Malaysia di Facebook KPKT di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Inisiatif Kediaman Rumah Keluarga Malaysia Atau Rumah Ikram Keluarga Malaysia di Facebook KPKT di sini hari ini.

Turut hadir, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.

Mengulas lanjut, Ismail Sabri turut mengumumkan khabar gembira kepada penghuni sedia ada di kawasan PPR apabila kerajaan tidak akan meminggirkan kebajikan mereka.

Beliau berkata, program moratorium bayaran sewa kepada penghuni PPR sedia ada di bawah kawal selia dan pengurusan KPKT akan diteruskan sehingga akhir tahun 2022.

“Langkah ini akan memberi manfaat kepada kira-kira 10,000 Ketua Isi Rumah atau 50,000 penghuni PPR, dengan melibatkan tanggungan kewangan Kerajaan berjumlah RM18.84 juta.

“Inilah sebahagian daripada usaha kita, inisiatif kita, ikhtiar kita untuk Keluarga Malaysia yang memerlukan,” katanya.

Ismail Sabri Yaakob hadir pada Majlis Pelancaran Inisiatif Kediaman Rumah Keluarga Malaysia Atau Rumah Ikram Keluarga Malaysia di Facebook KPKT di sini hari ini.

Baru-baru ini, KPKT memperkenalkan inisiatif Rumah IKRAM Keluarga Malaysia yang merupakan satu inisiatif yang tepat pada masanya dan merupakan langkah penampan yang boleh kerajaan berikan kepada rakyat yang memerlukan.

Rumah itu menjadi tempat berteduh kepada Keluarga Malaysia yang kehilangan dan kekurangan pendapatan, atau mungkin juga kehilangan pekerjaan, sehingga tidak lagi mampu membayar sewa rumah yang tinggi atau yang terdesak menumpang di rumah saudara mara kerana terpaksa keluar dari rumah sewa.

Sebanyak 1,000 unit Rumah IKRAM disediakan sebagai permulaan di kawasan PPR di sekitar Kuala Lumpur, Selangor, Kedah, Kelantan dan Johor dengan kadar sewa minimum, iaitu RM124 sebulan selama tempoh maksimum dua tahun. – MalaysiaGazette