Ramli Mohamed meninjau PPV Dewan Jubli Perak, Kuantan

KUANTAN – Lebih 800 pelajar walk-in ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Jubli Perak di Jalan Teluk Sisek, Kuantan bagi menyahut seruan Program Imunisasi Kebangsaan bagi remaja di Pahang (PICK)

Ketua Polis Pahang, Datuk Ramli Mohamed Yoosuf berkata, mereka terdiri daripada pelajar berusia 12 hingga 15 tahun yang merupakan pelajar luar daerah tetapi menetap di Kuantan.

Ia berikutan pengumuman sesi persekolahan secara besemuka akan dibuka bermula 3 Oktober ini.

Ramli Mohamed melihat pelajar tekun mengisi maklumat diri sebelum menerima vaksin.

“Mereka yang hadir menerima suntikan dan keadaan dilihat terkawal dengan pemantauan  PDRM, RELA, MBK dan ibu bapa dilihat berpuas hati dengan kawalan keselamatan,” katanya yang hadir untuk memantau PPV Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan.

Jelas Ramli, sehingga kini di 1,700 remaja termasuk penerima dos kedua berjaya hari ini dan PPV menjangkakan jumlah keseluruhan sehingga 2,500 sehingga jam 5 petang nanti.

 

Dianggarkan 2,500 pelajan berusia 12 hingga 15 tahun dari Kuantan mula menerima vaksin hari ini

“Saya harap orang ramai memahami dan memeberi kerjasama dan perlu ada kesabaran menantikan giliran dan semua maklum bahawan ini kesesakan secara sementara sahaja.

Bermula Isnin ini, sebanyak 11 sekolah terdiri daripada pelaja berusia 12 hingga 15 tahun di daerah ini akan menerima vaksin. – MalaysiaGazette