Foto The Independent.

LONDON – Manchester City menewaskan Chelsea dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini di tempat lawan selepas meraih kemenangan 1-0 di Stamford Bridge, di sini, sebentar tadi.

Jaringan Gabriel Jesus pada minit ke-53 sudah cukup untuk skuad kendalian Pep Guardiola meleburkan rekod tanpa kalah tuan rumah, sekali gus mencuri tiga mata berharga.

City kini melonjak ke tangga kedua liga selepas mengumpul 13 mata selepas enam perlawanan dengan empat kemenangan, satu seri dan tewas sekali.

Chelsea yang sebelum ini berada di puncak liga terpaksa akur jatuh ke tangga ketiga dan mengumpul jumlah mata sama dengan City, namun kekurangan dari segi perbezaan jaringan.

Musim lalu, The Citizens tewas 1-0 di tangan Chelsea pada final Liga Juara-Juara pada Mei lalu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast