KUALA LUMPUR – Penyanyi rap, Caprice mempertahankan tindakannya mengajuk aksi bercium seorang lelaki mirip pendakwah bebas popular tanah air.
Caprice atau nama lengkapnya, Ariz Ramli 33, menegaskan, apa yang dilakukannya individu terbabit jauh lebih melampau berbanding tindakannya yang hanya menegakkan kebenaran.
“Menganjing (mengajuk) benda paling minimum yang saya buat. Apa yang melampau apabila seorang ulama, seorang ustaz yang sepatutnya menyebarkan ajaran Islam telefon seorang gadis dan memberi aksi ciuman.
“Melampau apabila sesorang menghantar mesej kepada seorang wanita tanya ‘hang punya suami ada sebelah atau tidak’. Itu melampau tapi adakah kalian cakap tentangnya?” soal Caprice menerusi beberapa muat naik video dalam Instastory miliknya.
Caprice turut memberitahu suatu ketika dahulu, seorang ahli politik negara dimasukkan ke dalam penjara walaupun bukti tidak kukuh.
Katanya, sudah terang lagi bersuluh video yang kian tersebar dalam kalangan orang ramai itu bukan bersifat palsu atau deepfake.
“Kalian tahu apa yang gila, dulu ada seorang ahli politik masuk penjara sebab dituduh main buntut. Video tak jelas, buntut pun tak nampak tapi boleh masuk penjara.
“Yang ini, sudah terang kalian boleh nampak burung (alat sulit) namun masih ada yang kata benda ini deepfake. Malaysia, sejak bila (bahagian) burung pun boleh deepfake,” kata penyanyi lagu Lenglui itu.
Deepfake ialah teknik pemalsuan atau bahantara yang menggantikan rupa atau wajah seseorang dalam media audiovisual sedia ada (baik gambar atau video) dengan rupa orang yang lain menggunakan rangkaian neural buatan.
Sementara itu, Caprice menasihatkan, dunia sekarang sedang berada pada fasa akhir zaman dan tidak semua perkara yang berlandaskan fizikal seorang sahaja atau boleh dilihat dengan mata kasar. Katanya, semua itu sudah tertulis dalam al-Quran dan hadis.
“Kalau kalian baca al-Quran dan hadis, orang yang betul tak nampak betul dan orang yang tak betul nampak betul. Selamat datang ke akhir zaman.
“Kalau kalian tak faham Inggeris, saya faham tapi sekurang-kurangnya tolonglah faham al-Quran dan hadis.
“Dan, kalau kalian tak tetap tak faham, jangan buat saya lukiskan untuk anda semua. Kalau kalian nak saya lukis, saya boleh buat. Jangan cabar saya, saya boleh lukis (untuk beri gambaran keadaan sebenar yang berlaku),” katanya dalam nada sarkastik.
Pada 20 Ogos lalu, Polis Diraja Malaysia mula membuka siasatan terhadap seorang pendakwah itu atas tuduhan melakukan gangguan seksual.
Caprice yang baru sahaja pulang ke Malaysia selepas dua bulan berada di Jordan dan Mesir pula telah ‘mengisyitiharkan perang terhadap mereka yang berselindung di sebalik kesucian agama termasuk golongan pedofilia. – MalaysiaGazette