KUALA LUMPUR – Harga runcit petrol RON97 naik sebanyak 1 sen seliter kepada RM2.76 seliter bagi tempoh 30 September 2021 sehingga 6 Oktober 2021.

Manakala harga runcit petrol RON95 dan diesel kekal pada paras RM2.05 seliter dan RM2.15 seliter sungguhpun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk telah meningkat melebihi paras harga siling yang telah ditetapkan, kata Kementerian Kewangan.

Menurutnya, kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast