.Sejumlah 43 kes kematian akibat Covid-19 dilaporkan setakat pukul 11.59 malam tadi dengan 20 daripadanya kematian di luar hospital (BID).- Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Sebanyak 208 kematian akibat Covid-19 direkodkan setakat tengah malam tadi.

Berdasarkan data yang dikongsi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui laman sesawang COVIDNOW, jumlah kumulatif angka korban akibat wabak tersebut kini mencecah 26,143 kes manakala 64 merupakan kematian di luar hospital (BID).

Lembah Klang masih mencatatkan kenaikan kes kematian iaitu sebanyak 80 kes disusuli Johor dan Pulau Pinang masing-masing (30) dan Sabah (22) manakala Kedah (12).

Selain itu Kelantan pula (9), Perak (8), Terengganu (7) Pahang dan Perlis masing-masing 4 kes dan Sarawak (2) kes kematian.

Sementaran itu, COVIDNOW turut merekodkan 169,718 kes aktif, yang mana 82.8 peratus daripadanya kuarantin di rumah, 11.2 peratus ditempatkan di PKRC, 5.4 peratus di hospital.

“Manakala 0.2 peratus dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa alat bantuan pernafasan manakala 0.3 peratus memerlukan alat bantuan pernafasan,” ujar laman sesawang itu.

Untuk rekod, 28 September sebanyak 240 kes kematian akibat jangkitan Covid-19 yang direkodkan.-MalaysiaGazette