Angka korban akibat Covid-19 bertambah setiap hari. - Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Sebanyak 192 kematian yang direkodlan akibat jangkitan Covid-19.

Berdasarkan data yang dikongsi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui laman sesawang COVIDNOW, dengan jumlah itu, kes kumulatif angka korban akibat wabak tersebut kini mencecah 26,335 kes.

Daripada jumlah terkini yang direkodkan setakat 30 September itu, 47 daripadanya adalah kematian di luar hospital (BID).

Berdasarkan laman sesawang berkenaan, Sarawak negeri tertinggi mencatatkan kematian harian iaitu 40 kes, diikuti dengan Johor (34), Lembah Klang (25).

Seterusnya Perak (23), Pulau Pinang (21) , Sabah (20), Kedah (9), Perlis dan Melaka masing-masing empat kes.

Manakala, Negeri Sembilan dua kes seterusnya Kelantan dan Pahang masing-masing satu kes dicatatkan.

Sementara itu, COVIDNOW turut merekodkan 5,182 kes aktif.-MalaysiaGazette