Bandar Adelaide, Australia Selatan yang sunyi akibat sekatan pergerakan bagi mengekang Covid-19.- Foto Agensi

SYDNEY – Australia akan membuka semula sempadan antarabangsanya mulai bulan November kepada warganegaranya yang sudah lengkap vaksinasi.

Sejak Mac 2020, hanya beberapa induvidu Australia dan yang lain dibenar memasuki negara ini kerana peraturan yang ketat.

Perjalanan keluar juga dilarang tanpa pengecualian.

Dasar yang dilaksanakan ini dipuji kerana membantu mengekang penularan Covid-19.

Negeri-negeri yang merekodkan kadar vaksinasi melepasi 80 peratus akan diberi kebebasan pergerakan.

“Sudah waktunya kita mengembalikan kehidupan rakyat Australia,” kata Perdana Menteri Scott Morrison.

Namun kelonggaran pergerakan ini tidak akan dibuka kepada warga asing tetapi sedang berusaha untuk membawa para pelancong kembali ke pantai.

Pada masa ini, individu hanya boleh meninggalkan Australia dengan alasan tujuan pekerjaan atau mengunjungi saudara yang meninggal.

Kemasukan warganegara dan yang lain diberikan dengan pengecualian, tetapi amat terhad.

Ini menyebabkan puluhan ribu orang masih terkandas di luar negara. – BBC

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast