Healthcare worker showing a syringe containing Pfizer-BioNTech Covid-19 vaccine to a student from SMK Putrajaya during the National Covid-19 Immunisation Programme (PICK) for Adolescents. PIX: HAZROL ZAINAL / MalaysiaGazette / 20 SEPTEMBER 2021
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Sebanyak 11,889 kes positif baharu Covid-19 direkodkan untuk hari ini menjadikan jumlah kumulatif adalah 2,257,584.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah, Sarawak masih negeri tertinggi merekodkan kes positif harian iaitu 2,413.

Diikuti dengan Selangor (1,568), Johor (1,217), Perak (959), Sabah (872), Kelantan (858) dan Pahang (831).

Selain itu, Pulau Pinang (779), Kedah (710), Terengganu (699), Melaka (378), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (289) dan Negeri Sembilan pula (197).

Sementara itu, tiga buah negeri yang mencatatkan kes harian di bawah 100 pula adalah Perlis (81), Putrajaya (36) dan Wilayah Persekutuan Labuan (2).

Untuk rekod, sebanyak 12,735 kes positif dilaporkan semalam, manakala 17,725 kes sembuh.-MalaysiaGazette