Suasana di Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) Daerah Hulu Langat yang lengang berikutan kes positif Covid-19 dicatatkan di Lembang Klang semakin berkurang atas faktor jumlah penerima vaksinasi yang semakin meningkat ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Bandar Mahkota Cheras, Selangor. Foto HAZROL ZAINAL, 22 SEPTEMBER 2021.

KUALA LUMPUR – Kes positif harian Covid-19 hari iniĀ  menunjukkan pengurangan yang ketara dengan kurang daripada lima angka iaitu iaitu 9,066 kes.

Jumlah kumulatif bagi jangkitan itu adalah sebanyak 2,277,565.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah, Sarawak masih menjadi negeri tertinggi iaitu 1,418, diikuti dengan Selangor 1,000 kes.

Negeri yang lain pula mencatatkan kurang daripada 1,000 kes.

“Johor (981), Terengganu (827), Kelantan (796), Sabah (767), Perak (669), Kedah (670), Pahang (630) dan Pulau Pinang (620) kes,” katanya.

Selain itu Melaka (206), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (201) dan Negeri Sembilan (191).

Manakala Perlis dan Wilayah persekutuan Putrajaya kurang 100 kes iaitu masing-masing 66 dan 24.

Hanya Wilayah Persekutuan Labuan sahaja kekal mencatatkan kosong kes hari ini. – MalaysiaGazette