covid-19
Sebanyak lapan kematian dilaporkan KKM semalam. - Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Sebanyak 109 kematian yang akibat jangkitan Covid-19 dilaporkan sehingga jam 11.59 malam tadi.

Berdasarkan data yang dikongsi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui laman sesawang COVIDNOW, dengan jumlah itu, kes kumulatif angka korban akibat wabak tersebut kini mencecah 26,565 kes.

Daripada jumlah terkini yang direkodkan setakat 2 Oktober itu, 33 daripadanya adalah kematian di luar hospital (BID).

Pulau Pinang merupakan negeri tertinggi menrekodkan angka kematian harian iaitu 18, diikuti dengan Lembah Klang 17 kes, Johor 11, Sabah 13 dan Perak 10.

Sarawak dan Terenggau pula masing-masing sembilan kes, Kedah (8), Kelantan (5), Pahang (4).

Melaka dan Negeri Sembilan masing-masing mencatatkan satu kes kematian.

Manakala Wilayah Persekutuan Laguan dan Putrajaya masing-masing tiada kes kematian.

Dalam pada itu laman sesawang tersebut turut melaporkan pengurangan sebanyak 4,590 kes aktif menjadikan jumlah terkini sebanyak 155,823. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast