Ahli keluarga melihat pengebumian jenazah pesakit Covid-19 secara dalam talian ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette berikutan negara hari ini mencatatkan rekod tertinggi sebanyak 360 kes kematian di Tanah Perkuburan Islam Selat Klang, Selangor. Foto AFFAN FAUZI, 08 OGOS 2021.

KUALA LUMPUR – Sebanyak 118 jumlah kematian akibat jangkitan Covid-19  yang direkodkan setakat semalam.

Berdasarkan informasi terkini yang dipaparkan di laman sesawang COVIDNOW, sebanyak 27 meninggal dunia sebelum dapat menerima rawatan di hospital.

Jumlah keseluruhan kematian akibat pandemik itu kini sudah mencecah 26,683.

Perak merupakan negeri yang mencatatkan  kes kematian baharu tertinggi dengan 26 kes, disusuli dengan Pulau Pinang (14), Sabah (14), Kedah (13), Sarawak (12) dan Johor (11).

Negeri yang lainnya pula mencatatkan kes kematian di bawah 10.

“Kelantan (9), Selangor (8), Pahang (3), Melaka (2), Negeri Sembilan (2), Perlis (1), Terengganu (1), Kuala Lumpur (1) dan Labuan (1),” kata laman sesawang itu.

Dalam pada itu, hanya Wilayah Persekutuan Putrajaya sahaja yang tudak mencaratkan rekod kematian.

Sementara itu, COVIDNOW turut merekodkan 150,317 kes aktif .

Jumlah ini berkurangan 18 peratus berbanding 183,289 kes sejak seminggu yang lalu.-MalaysiaGazette