Aliff Syukri dan Aminah Satar.

KUALA LUMPUR – Usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri kehilangan insan tercinta apabila neneknya, Aminah Satar disahkan meninggal dunia semalam.

Berita sedih itu dikongsikan sendiri oleh Aliff menerusi satu perkongsian di Instagram miliknya.

“Alfatiha..Ibu,nenek dan buah hatiku.. Video ini telah sy posting petang tadi di ig storey sy.. dan ingin sy simpan supaya tak hilang utk dikenang.

“Kerana sy terlalu happy ketika petang tadi sebabnya nenek dibenarkan pulang oleh hospital KPJ.. selepas 7-8 jam nenek telah meninggalkan kami semua.. dlm kereta yg dipandu sy ketika jam 2 pagi.. doakan nenek sy di tempatkan oleh org yg beriman,” tulisnya.

Sebelum ini, arwah nenek kepada usahawan berkenaan mendapatkan rawatan di sebuah hospital setelah berada dalam keadaan kritikal.

Ketika itu, Aliff meluahkan rasa sedihnya menerusi satu posting video kerana tidak dibenarkan untuk melawat arwah neneknya yang sedang dirawat. – MalaysiaGazette