Foto Instagram Nora Danish.

KUALA LUMPUR – Pelakon Nora Danish tidak dapat menahan emosinya ketika menghantar anak sulungnya, Putra Rayqal Ramli Rizal Ashram ke sekolah asrama penuh swasta, semalam.

Momen sedih itu dikongsikan di hantaran Instagram miliknya yang melepaskan  anaknya yang kini berusia 12 tahun itu menyambung persekolahan di Kolej Tuanku Ja’afar yang terletak di Mantin, Negeri Sembilan.

“Kamu adalah kekuatan dan sebab mommy menjadi diri mommy pada hari ini. Sebab kamu sayang. Mommy sayangkan kamu. Tolong hubungi mommy jika kamu ada masa,” tulisnya.

Rayqal merupakan cahaya mata pertama Nora daripada perkahwinan terdahulu dengan Jejai.

Pasangan itu bagaimanapun bercerai pada 2008 selepas dua tahun berkahwin.

Nora kemudian mendirikan rumah tangga dengan Nedim Nazri pada 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki Mohamed Neqayl Nedim kini berusia tiga tahun. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast