Ab Rauf Yusoh Speaker Melaka state assembly dissolved government election
Ab Rauf Yusoh

MELAKA – Yang di-Pertua Negeri, Tun Mohd Ali Mohd Rustam bersetuju untuk membubarkan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka.

Keputusan itu dibuat selepas Ketua Menteri Melaka, Datuk Sulaiman Md Ali telah mengutus surat kepada Mohd Ali memaklumkan bahawa empat ADUN telah hilang kepercayaan terhadapnya.

Perkara itu dimaklumkan Yang di-Pertua DUN, Datuk Ab Rauf Yusoh  dalam sidang media di Seri Negeri, hari ini.

“Tun Mohd Ali Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka telah membuat pertimbangan dan bersetuju untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri Melaka Yang Keempat Belas pada 4 Oktober 2021 (Isnin).

“Proklamasi Pembubaran Dewan Undangan Negeri Melaka Yang Keempat Belas akan diwartakan pada hari ini (5 Oktober 2021, Selasa),” katanya.

Berita lanjut menyusul. – MalaysiaGazette