(Picture for representational purposes only). Election Commission (EC) making final preparations by carrying poll boxes for the P.132 Port Dickson by-election. at Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Port Dickson, Port Dickson, Negeri Sembilan. PIX: SYAFIQ AMBAK / MalaysiaGazette / 12 OCTOBER 2018 Undi 18
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menerima pemakluman rasmi daripada Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka, berhubung dengan pembubaran DUN Melaka penggal keempat belas semalam sebagai mana termaktub di bawah Fasal (2) Perkara 19 Perlembagaan Negeri Melaka.

Setiausahanya, Datuk Ikmalrudin Ishak berkata, berdasarkan Fasal (4) Perkara 19 Perlembagaan Negeri Melaka berkehendakkan suatu pilihan raya umum perlu diadakan dalam tempoh enam puluh hari daripada tarikh pembubaran DUN itu.

Tambah beliau, suruhanjaya itu akan mengadakan Mesyuarat Khas bagi membincangkan mengenai pelaksanaan pilihan raya tersebut.

“Tarikh mesyuarat khas berkenaan akan dimaklumkan kemudian oleh pihak SPR,” katanya dalam kenyataan.

Pada hari ini, Yang di-Pertua Negeri, Tun Mohd Ali Mohd Rustam bersetuju untuk membubarkan sidang DUN Melaka berikutanĀ empat Ahli Dewan Undangan Negeri telah hilang kepercayaan terhadapĀ Ketua Menteri, Datuk Sulaiman Md Ali. – MalaysiaGazette

DUN Melaka bubar, pilihan raya negeri bakal diadakan