Deretan bas persiaran tersusun di parkir semasa tinjauan lensa MalaysiaGazette di Terminal Bersepadu Selatan (TBS), Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 04 NOVEMBER 2020

KUALA LUMPUR – Sebanyak 176 pengusaha bas ekspres yang berdaftar dengan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) diminta segera membuat pendaftaran pemandu mereka bagi tujuan Bantuan PEMERKASA+ One-off sebanyak RM 500 sebelum tarikh tutup portal pada 10 Oktober ini,

Mereka diminta melayari portal bantuan APAD iaitu http://bantuan.apad.gov.my untuk membuat pendaftaran tersebut.

APAD berkata, kegagalan berbuat demikian bukan sahaja mengakibatkan
proses saringan tidak dapat dibuat, malah menyukarkan proses penyaluran
bantuan ke dalam akaun pemandu tepat pada masanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast