Dr Noor Hisham Abdullah Covid-19 cases recoveries
Dr. Noor Hisham Abdullah

KUALA LUMPUR – Kadar kes sembuh Covid-19 di dalam negara hari ini terus menunjukkan perkembangan positif dan tinggi.

Setakat 24 jam lalu, sebanyak 13,405 kes sembuh direkodkan berbanding kes positif harian sebanyak 9,380 hari ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah.

Menurut beliau, angka sembuh harian itu sekaligus menjadikan kumulatif kes sembuh sejak penularan bermula di dalam negara adalah sebanyak 2,144, 681 kes atau 93.1 peratus.

“Justeru pada masa yang sama, sebanyak 851 kes pesakit memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) manakala 447 kes lagi memerlukan bantuan alat pernafasan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Dr. Noor Hisham, daripada 9,380 kes positif terbaharu yang direkodkan sehingga 12 tengahari tadi, sebanyak 181 kes atau 1.9 peratus daripadanya adalah kategori 3,4 dan 5.

Menurutnya, sebanyak 9,199 kes (98.1 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

Jelas beliau, daripada kes positif harian berkenaan, sebanyak 13 kes adalah import yang mana lapan warganegara dan selebihnya warga asing.

Kes tempatan positif Covid-19 yang dikesan adalah 9,367 kes iaitu 8,755 kes atau (93.5 peratus )adalah warga tempatan manakala 612 bukan warganegara atau (6.5 peratus). -MalaysiaGazette