fully vaccinated Omicron variant VOC reinfection rate Malaysia-Singapore Vaccinated Travel Lane VTL Covid-19 positive Antivaxxers dajjal Covid-19 vaccine Khairy Jamaluddin KJ
Khairy Jamaluddin Abu Bakar

KUALA LUMPUR – Orang ramai yang mahu pulang ke kampung atau bertemu keluarga di luar lokaliti perlu menjalani ujian kendiri Covid-19.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, kerajaan tidak lagi boleh melakukan sekatan jalan raya dan memeriksa individu sama ada sudah lengkap divaksinasi atau sebaliknya apabila negara memasuki fasa endemik.

“Ia bergantung kepada tanggungjawab dan tingkah laku bergantung kepada individu itu sendiri. Saya percaya kita semua mampu menghadapi cabaran ini dalam #ReopeningSafely.

“Oleh itu, sekiranya anda ingin pulang ke kampung dan bertemu dengan golongan berusia, lakukan kit ujian kendiri Covid-19 (RTK) air liur. Pastikan mereka selamat,” kata Khairy menerusi ciapannya.

Menurutnya, negara hanya berbaki 1.6 peratus sebelum sempadan negeri dibuka.

Kementerian Kesihatan (KKM), tambahnya, sudah beralih kepada ujian simptomatik.

“Kami menggalakkan individu yang bergerak dan bertemu dengan ramai orang atau mobiliti tinggi supaya melakukan ujian secara berkala.

Laman sesawang COVIDNOW memaklumkan sejumlah 20,698,852 atau 88.4 peratus populasi dewasa di negara ini sudah lengkap menerima imunisasi Covid-19.

Sekurang-kurangnya 94.5 peratus telah menerima satu dos vaksin.

Baru-baru ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, tarikh pengumuman kebenaran rentas negeri akan diumumkan sebaik sahaja negara mencapai 90 peratus kadar vaksinasi dewasa. – MalaysiaGazette