Foto Instagram Fazura.

KUALA LUMPUR – Anak kepada pasangan pelakon popular Fazura dan Fattan Amin iaitu Nur Fatima Aisya menerima hadiah istimewa sempena ulang tahun kelahiran pertama daripada Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin.

Menerusi perkongsian di Insta Story Fazura, hadiah yang diterima anaknya itu adalah seutas rantai emas yang tertulis huruf ‘F’.

“Wow… masyaAllah… Loveeee!!! A personalised diamond necklace for Fatima. Junjung kasih to our loving and generous Queen! DYMM Tengku Permaisuri Norashikin.

We love you so much. Junjung kasih Tuanku, Tengku Permaisuri Norashikin. Tengku Permaisuri Selangor. May you always be blessed with happiness, rizq and tremendous amount of love everyday. In shah Allah… Amin,” tulisnya.

Bulan lalu, Fazura juga menerima kepingan syiling emas dan beberapa naskhah buku keagamaan daripada Tengku Permaisuri Norashikin. – MalaysiaGazette