Suasana di Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) Daerah Hulu Langat yang lengang berikutan kes positif Covid-19 dicatatkan di Lembang Klang semakin berkurang atas faktor jumlah penerima vaksinasi yang semakin meningkat ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Bandar Mahkota Cheras, Selangor. Foto HAZROL ZAINAL, 22 SEPTEMBER 2021.

KUALA LUMPUR – Sebanyak 9,751 kes baharu Covid-19 dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes positif berjumlah 2,323,478 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor mencatatkan kes teringgi dengan 1,796 kes diikuti Sarawak (1,339) dan Kelantan (1,052).

Johor merekodkan 864 kes, Sabah (705), Terengganu (650), Perak (643), Pulau Pinang (632), Kedah (578) dan Pahang (551) dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (313).

Bebebrapa negeri merekodkan di bawah 300 kes ialah Melaka dengan 244 kes, Negeri Sembilan (243), Perlis (94) dan Putrajaya (45).

Labuan mencatat dua kes positif hari ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast