A healthcare working showing the CoronaVac Covid-19 vaccine manufactured by Sinovac during the National Covid-19 Immunisation Programme at KPJ Tawakkal Hospital in Kuala Lumpur. PIX: AFFAN FAUZI / MalaysiaGazette / 07 JUNE 2021. PICK Adolescents
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Kerajaan perlu mewajibkan semua pekerja untuk menerima vaksin untuk mencegah tanda-tanda kritikal yang dihasilkan COVID-19, kata Presiden Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia, Datuk Dr. Syed Hussain Syed Husman.

Beliau berkata, majikan mempunyai tanggungjawab untuk menyediakan tempat kerja yang selamat dan sihat untuk semua pekerja.

Jelasnya, walaupun majikan boleh mengikut semua prosedur operasi standard (SOP), tetapi SOP hanya mengurangkan risiko jangkitan, tetapi tidak boleh mencegah kes kritikal dalam kalangan pekerja.

“Untuk mengelakkan kekurangan yang ada, vaksin mesti menjadi sebahagian usaha pencegahan penyakit dalam kalangan pekerja,” katanya kepada China Press.

Syed Hussain berkata,  beliau amat menyokong keputusan kerajaan yang mewajibkan penjawat awam untuk menerima vaksin.

Katanya, langkah di sektor awam itu perlu diperluaskan untuk turut membabitkan pekerja sektor swasta bagi menjaga keselamatan semua orang dalam tempat pekerjaan.

Syed Hussain juga percaya bahawa kebanyakan majikan hanya akan membenarkan pekerja yang lengkap menerima vaksin untuk balik ke tempat pekerjaan.

Menurutnya, terdapat juga majikan yang terus melaksanakan model kerja dari rumah atau model hibrid iaitu campuran kerja di rumah dan kerja di pejabat. – MalaysiaGazette