Pesawat Air India. foto News 18

NEW DELHI – Air India telah dijual kepada konglomerat terbesar, Tata Group dengan bidaan tertinggi AS$2.4 bilion.

Tata Group merupakan pengasas asal syarikat penerbangan itu pada tahun 1932 sebelum diambil alih oleh kerajaan pada 1953.

Kerajaan mengambil masa yang lama untuk menjual syarikat penerbangan itu selepas ia merekodkan kerugian AS$9.5 juta.

Tetapi baru-baru ini, Air India telah membuat perjanjian dengan syarat tidak membebankan pembeli dengan hutang.

Namun masih belum jelas berapa banyak hutang yang akan ditanggung oleh Tata Group dengan syarat baharu.

Penjualan tersebut merupakan dorongan kepada Perdana Menteri Narendra Modi yang mahu menjual seluruh kepentingan kerajaan dalam syarikat penerbangan itu.

Air India mempunyai banyak aset, termasuk slot berharga di Lapangan Terbang Heathrow di London, memiliki lebih dari 130 pesawat dan ribuan juruterbang dan kru terlatih.

Tata Sons sudah memiliki dua syarikat penerbangan di India – Vistara, syarikat penerbangan perkhidmatan penuh dengan kerjasama Singapore Airlines dan AirAsia India, syarikat penerbangan tambang murah hasil kerjasama dengan AirAsia Bhd. – BBC

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast