Keluarga tiga kanak-kanak yang dikhuatiri lemas menunggu operasi mencari mangsa.

SETIU – Tiga kanak-kanak dikhuatiri lemas ketika mencari kepah bersama keluarga di muara Sungai Kampung Mangkuk di sini hari ini.

Ketiga-tiga mereka yang hilang ketika air pasang kira-kira 5.30 petang itu adalah Nurulhasha Humaira Che Mohd Humaizi, 11 dan adik lelakinya Muhammad Aryyan Faheem, 7 serta seorang saudara mereka, Nur Amni Insyirah Saiful Tarmizi, 9,

Pengerusi Jawatankuasa Bencana Daerah Setiu Rosli Latif berkata sebelum kejadian, terdapat tiga orang dewasa dan enam kanak-kanak sedang berada di dalam air untuk mencari kepah.

“Apabila air pasang dengan cepat, tiga individu dewasa tersebut hanya sempat menyelamatkan tiga kanak-kanak sahaja manakala tiga lagi gagal diselamatkan sebelum hilang dari pandangan,” katanya kepada pemberita di lokasi kejadian.

Beliau berkata operasi mencari dan menyelamat sedang dilakukan oleh pihak bomba, polis, Angkatan Pertahanan Awam, Jabatan Sukarelawan Malaysia dan penduduk kampung.

— BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast