pandalela rinong sexual harassment bully national coach ahmad faizal azumu
Ahmad Faizal Azumu

ALOR GAJAH – Penolakan UMNO untuk bekerjasama dengan Bersatu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka tidak lebih kepada pandangan peribadi beberapa pemimpin dari parti tersebut.

Timbalan Presiden Bersatu Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata partinya sentiasa membuka pintu rundingan dan bersedia untuk bekerjasama dengan sesiapa sahaja di luar sana, selagi ia tidak merosakkan agama, bangsa dan tanah air.

“Setakat hari ini saya adalah barisan kabinet yang dipimpin oleh seorang dari UMNO. Kami bermesyuarat dengan baik, membuat keputusan secara bersama, mempertahankan keputusan-keputusan yang telah kami buat secara bersama dan ini akan kami teruskan.

“Jadi nak menjawab kepada soalan itu, kebanyakan pemimpin di atas sana tak ada masalah untuk bekerjasama. Mungkin ada satu dua orang yang tak mahu bekerjasama,” katanya ketika ditemui pemberita di Program Hari Sukan Negara peringkat daerah Alor Gajah di sini hari ini.

Rabu lepas, Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi membuat kenyataan parti itu tidak akan bekerjasama dengan Bersatu pada PRN Melaka.

— BERNAMA