KUALA LUMPUR – Skuad bola sepak negara terlalu kerdil pada aksi kedua perlawanan persahabatan antarabangsa Tier 1 apabila tunduk 1-5 bertemu Uzbekistan di Stadium Antarabangsa Amman, Jordan malam tadi.

Walaupun ketua jurulatih, Tan Cheng Hoe membuat lima perubahan dengan meletakkan Khairul Fahmi Che Mat, Muhammad Arif Fadzilah Abu Bakar, Kenny Pallraj, Hakimi Abdullah dan Luqman Hakim Shamsudin di kesebelasan utama, namun bahagian pertahanan yang longlai jelas menghukum Harimau Malaya.

Apatah lagi, berdepan dengan pasukan yang berada di ranking ke-84 dunia serta dibarisi pemain-pemain berkualiti tinggi, ia jelas memberikan kesukaran buat pemain negara.

Ia jelas terbukti apabila Uzbekistan yang dibimbing Srecko Katanec dilihat lebih selesa mengawal bola dan mempamerkan corak permainan tersusun sepanjang perlawanan.

Kemasukan Syafiq Ahmad mengganti Hakimi sebelum babak pertama berakhir kelihatan sedikit merubah corak permainan skuad negara.

Gol sagu hati skuad Malaysia diperolehi menerusi Baddrol Bakhtiar pada masa kecederaan babak pertama. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast