Faisal Halim. Foto Facebook Terengganu FC.

KUALA LUMPUR – Pemain sayap lincah negara, Faisal Halim dilaporkan berjaya memikat beberapa kelab daripada luar negara selepas menampilkan aksi cemerlang dalam persahabatan Harimau Malaya di Amman, Jordan.

Faisal yang beraksi bersama Terengganu FC (TFC) dikatakan mendapat perhatian dari dua ejen bola sepak luar negara.

Berita itu dimaklumkan pengguna Twitter yang menggunakan nama, joe berbatov dan memperkenalkan dirinya sebagai ejen kepada Faisal iaitu dari syarikat Estrada Sports Agency.

“Saya mendapat dua panggilan dari ejen luar negara untuk Faisal Halim selepas perlawanan persahabatan antarabangsa negara menentang Jordan baru-baru ini.. tahniah,” tulisnya.

Perkongsiannya di media sosial itu turut mendapat perhatian ramai peminat khususnya penyokong skuad Penyu yang dilihat agak bimbang sekiranya Faisal berhijrah.

Pemain berusia 23 tahun itu sekali lagi mempamerkan aksi membanggakan ketika berdepan Jordan dan Uzbekistan.

Faisal atau dikenali Mickey turut terlibat dalam pergerakan mendapatkan gol tunggal buat pasukan negara ketika tewas 1-5 kepada Uzbeskistan,

Semalam, ketua jurulatih Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe turut mengakui Faisal mempamerkan aksi memberansangkan terutama ketika berdepan Uzbekistan. – MalaysiaGazette

1 Komen

Comments are closed.