Sebanyak 12 kematian akibat jangkitan Covid-19 direkodkan semalam.- Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Jumlah kematian yang disebabkan jangkitan Covid-19 semakin menurun.

Sehingga semalam, sebanyak 93 kes kematian dilaporkan dengan 16 daripadanya merupakan kematian sebelum menerima rawatan di hospital.

Berdasarkan laman sesawang COIVDNOW, Pulau Pinang negeri tertinggi yang mencatatkan jumlah kematian baru tertinggi iaitu sebanyak 26 kes, diikuti Sarawak (14), Johor (8), Kuala Lumpur (7), Sabah (6), Kedah (5), Kelantan (5), Pahang (5), Melaka (4), Perak (4) , Selangor (4), Negeri Sembilan (2), Perlis (2) dan Terengganu (1).

Manakala Labuan dan Putrajaya tidak ada kematian baharu.

Sementara itu, 80 daripada 93 kematian yang dilaporkan atau bersamaan 86.0 peratus berlaku dalam tempoh tujuh hari lalu.

Kes kematian selebihnya pula berlaku lebih seminggu lalu tetapi hanya direkodkan semalam kerana kelewatan dalam pelaporan data.

Dalam pada itu, terdapat 112,379 kes Covid-19 yang masih aktif sehingga semalam.-MalaysiaGazette