case item The Attorney-General’s Chamber (AGC) in Putrajaya. PIX: FAREEZ FADZIL / MalaysiaGazette / 04 NOVEMBER 2020. Hasanah Abdul Hamid US$6.94 million case item MACC MEIO
Jabatan Peguam Negara di Putrajaya.

KUALA LUMPUR – Jabatan Peguam Negara telah mengkaji dan meneliti kertas siasatan berkaitan siasatan kes kehilangan wang berjumlah AS$ 6.94 juta yang diterima
pada 28 September 2021 daripada pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Hasil kajian dan penelitian itu, Jabatan Peguam Negara mendapati wujud kesalahan-kesalahan lain yang memerlukan siasatan lanjut dilakukan oleh agensi penguatkuasaan yang berkaitan.

Sehubungan itu, kertas siasatan telah dikembalikan untuk tindakan lanjut, katanya dalam satu kenyataan ringkas.

SPRM sebelum ini mengesahkan penahanan tiga pegawainya bagi membantu siasatan dakwaan salah guna kuasa dan penyelewengan dalam urusan kes bekas Ketua Pengarah Organisasi Perisikan Luar Malaysia (MEIO), Datuk Hasanah Abdul Hamid.

Pada Ogos 2018, SPRM membuat penggeledahan dan merampas sejumlah wang tunai dolar Amerika Syarikat dari sebuah unit kondominium di Cyberjaya.

Artikel berkaitan:Tiada laporan polis diterima berhubung kes curi wang Hasanah

SPRM sudah serah kertas siasatan kehilangan wang AS$6.94 juta

Pada 12 April lalu, Hasanah dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur daripada pertuduhan melakukan pecah amanah AS$12.1 juta (RM50.4 juta) milik kerajaan Malaysia.

SPRM merampas wang tunai dan barang-barang lain daripadanya berkaitan dengan siasatan itu.

Pada bulan April, Hasanah diberi pelepasan tanpa pembebsan oleh mahkamah.

Berikutan itu, Hasanah telah pergi ke SPRM untuk menuntut wang tunai yang dirampas dan mendapati wang berjumlah RM25 juta hilang.

Kes ini didedahkan oleh sebuah blog yang mendakwa polis takut untuk bertindak berdasarkan laporan polis Hasanah.

Bagaimanapun, polis menafikan menerima laporan mengenai perkara itu.

Namun pada 23 Septemebr lalu, polis memaklumkan akan memanggil tiga pegawai kanan SPRM yang sebelum ini direman selama enam hari oleh SPRM bagi melengkapkan siasatan berhubung kehilangan wang berkenaan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata, pihaknya juga akan memanggil Hasanah. – MalaysiaGazette

 

1 Komen

Comments are closed.