KUALA LUMPUR – Bank Pembangunan Asia (ADB) telah menambah pembiayaan iklim untuk negara-negara anggotanya yang sedang membangun (DMC) dengan unjuran baharu AS$100 bilion (AS$1 = RM4.16) untuk tempoh 2019-2030.

Presiden ADB Masatsugu Asakawa berkata, krisis iklim semakin memburuk setiap hari, mendorong banyak pihak meminta agar pembiayaan iklim ditambah.

“Kami mengambil langkah untuk memenuhi permintaan ini dengan meningkatkan pembiayaan iklim kumulatif kepada US$100 bilion daripada sumber kami sendiri menjelang tahun 2030,” katanya dalam satu kenyataan hari ini

Pada tahun 2018, ADB komited memastikan 75 peratus daripada jumlah operasinya untuk menyokong tindakan iklim dan sumber kewangan iklim sendiri bagi mencapai sekurang-kurangnya kumulatif US$80 bilion pada tahun 2030.

ADB menjangka pembiayaan iklim kumulatif daripada sumbernya sendiri antara 2019 dan 2021 akan mencecah sekitar AS$17 bilion.

Tambahan sebanyak AS$20 bilion akan menyokong iklim di lima kawasan utama, termasuk cara baharu untuk mengurangkan iklim; peningkatan projek penyesuaian transformatif; dan penambahan kewangan iklim dalam operasi sektor swasta ADB.

Ia juga akan menyokong pemulihan hijau, berdaya tahan dan inklusif daripada Covid-19; selain membantu memajukan pembaharuan dalam DMC untuk merealisasikan tindakan melalui pinjaman berdasarkan polisi, kata bank itu. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here